Kali ni, Foodtasticmy nak share resipi yang kami selalu buat dan selalu juga terima tempahan. Rasanya memang sedap. Tapi jangan terlebih makan pulak..hehehehe..resepi ade dibawah..kami paparkan sekali maklumat nutrisi untuk rujukan anda semua...selamat mencuba!!! =)  FOODTASTIC!



Pada 28 Februari dan 1 Mac lepas telah berlangsungnya Food Hunters Feastival di Encorp Strand Mall, Kota damansara..Kami muncul pada 1 Mac untuk sama menyerbu gerai-gerai makanan yang ada..hahaha..(ok..hambar..-_-") Lebih kurang 57 gerai makanan telah dibuka pada 2 hari tersebut....mari tengok suasana pada hari tersebut...



Jadi, Aim Kami nak rasa makanan yang jarang dan tak pernah kami rasa jadi ini adalah beberapa hasil tangkapan kami..



Juadah Pertama : Cheesy Big Patty
Gerai : Big Patty Kitchen
Facebook : https://www.facebook.com/bigpattykitchenkiosk
Ulasan : Dagingnya homemade buatan sendiri tebal dan berjus. Syiokk!!


Juadah Kedua : Loco Lamb puff
Gerai : Crazpuff
Facebook : https://www.facebook.com/Crzypuff
Instagram : crzypuff 
Ulasan : Besar..puas hati makan..terasa daging bebirinya..yummy!!



Juadah Ketiga : Beef Chili Cheese Nachos
Gerai : Tanjak Crew
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Restoran-tanjak
Instagram : tanjak_crew
Ulasan : Selalu saya makan keropok chachos je..hehe..tak pun saya buat sendiri..(nanti foodtasticmy kongsi resepi). Jadi saya teringin rasa buatan org lain pula ternyata ianya sedap menjilat jari..cukup rasa dengan keju yang melimpah ruah..nyummm!!




Juadah Keempat dan Kelima : Cheesy meatball and mash dan chicken chop
Gerai : Big Brother Restaurant
Instagram : Bigbrotherrestaurant
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Big-Brother-Restaurant-Kota-Damansara
Ulasan : saya nak syorkan anda mesti rasa chicken chop bersama mash ini..memang nampak biasa pada mulanya..bila saya ngapppp...rasanya..emmmmm..foodtastic!!.bagi saya ,saya suke chicken chop yang di grill berbanding yang di salut dengan serbuk roti..mash nya juga sangat sedap..lembut..very smooth..berkrim..mashed potato yang paling sedap saya makan so far..dan ayamnya pun..x over perap..rasa selaran bbq nya!!..ini FOODTASTIC!! saya akan datang lagi ke big brother restaurant di kota damansara tak lama lagi...


Juadah Keenam : BBQ pulled chicken melt
Gerai : Flaming Melt
Instagram : flamingmelt
Facebook : https://www.facebook.com/FlamingMelt
Ulasan : saya tak jangka rotinya begitu lembut selepas dibakar dan ayam carik bbq yang enak dan lazat bersama-sama keju yang meleleh keluar..ummpphh!! yang penting..BESARRRR!!


Juadah Ketujuh : Killer Ribs
Gerai : Bob Republic Burger Bakar
Instagram : bobrepublicburgerbakar
Facebook : https://www.facebook.com/FlamingMelt
Ulasan : Ini pengalaman pertama saya menikmati daging Rusuk. Kebetulan dah ada ni, tidak salah untuk mencuba. Daging perapannya enak dan daging yang empuk. Mungkin next time boleh try serve skali dengan sos bbq mungkin?



Juadah Kelapan dan kesembilan : Vietnamese Springrolls & Meng Kam
Gerai : Foodie Escape
Instagram : Foodie_escape
Ulasan : Vietnamese springroll ni berasal dari Vietnam. tgk nama pun dah tahu..dalam roll ni ade lobak, udang, soo hoon, daun salad, munkin kuchai atau daun bawang kot. Pengalaman saya semasa bercuti di Vietnam tahun lepas, ade telur dan daun namanya "culantro"..boleh google..tapi untuk yang ini mmg sedap cuma sosnya terlebih pedas.

Di sebelah kana gambar tu bukan sirih tau..itu adalah daun kaduk. Nama makanan ni dipanggil Meng kam, saya mmg teruja bile lihat meng kam ada kat sini sebab dah lama tak makan. Daun kaduk dibalut bersama udang kering, halia,,limau nipis, kacang, kelapa parut, cili padi, bawang dan kuah kacang manis isitimewa..pastu kita ngappp...fuhhh,,sangat menyegarkan..jangan risau,daun kaduk tu xpahit pun..xde rasa apa2..and mesti cuba...nak diet,elok lah makan kedua2 juadah ni..


Juadah Kesepuluh : Pisang cheese
Gerai : The Pisang Cheese
Facebook : https://www.facebook.com/ThePisangCheese
Instagram : thepisangcheese
Ulasan : Ok,secara jujurnya..saya tak pernah lagi rasa pisang cheese. ini pertama kali. jadi saya memilih menu yang asal daripada pilihan-pilihan yang ada...apa yang boleh saya kata rasa cheese dan pisang tu complement each other..memang terbaikkkk..


Juadah Kesebelas : Awakening
Gerai : OMG Kuala Lumpur
Facebook : https://www.facebook.com/pages/OMG-Kuala-Lumpur/1522507287964705?fref=ts
Instagram : omgkualalumpur
Ulasan : Fuhhhhhhhh...jus ni...memang terbaikkk..sangat2 refreshing..dalam jus ni ade kedondong, lemon, serai, dan apple...bile minum jus ni, rasa terangkat!!...dua kali saya pi beli...so..FOODTASTIC!!!..mesti cuba!!


Juadah Keduabelas : Ice Latte Vanilla Coffee
Gerai : Jumping Billy Coffee
Facebook : https://www.facebook.com/jumpingbillycoffee
Instagram : jumpingbillycoffee
Ulasan : Bagi penggemar tegar coffee..coffee ni rasa ala-ala starbucks! sedap!


Ikutkan hati nak rasa kesemuanya..tapi mustahil nk dapat rasa semua..kih3..overall saya berpuas hati dengan semua makanan disini dan tahniah kepada pihak penganjur!!!

P/S : Teringin nak makan Siakap 3 rasa..kat mana yang sedap?any suggestion?




Jika berkunjung ke Cyberjaya dan ingin menikmati steamboat yang halal anda boleh berkunjung di restoran Volcano Shabu Shabu Steamboat yang terletak di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Di Shaftsbury Square restoran ini terbahagi kepada dua dimana kedua-dua restoran ini hanyalah berdekatan sahaja tetapi bezanya cuma satu restoran menyediakan makanan Steamboat sahaja dan satu lagi menyediakan servis jenis A La Carte. 





MAKLUMAT LOKASI

Lokasi:
Cyberjaya

Alamat:
Volcano Shabu Shabu
P3-17, Shaftsbury Square,
63000 Cyberjaya


Koordinat:

Latitude: 2.923514° | Longitude: 101.661627°

Waktu Operasi:
Mon – Sat: 11:00 am – 10:00 pm

Reservation :


+603 8319 1928


ULASAN


Status


Makanan disini diperakui halal

HALAL

Makanan dan Minuman

Berbaloi dengan harga, makanan dan minuman disini didatangkan dengan pelbagai jenis hidangan, sayur-sayuran yang segar, makanan laut yang segar seperti udang, sotong, ikan dori, dan jika bernasib baik hidangan makanan laut seperti Oyster dan Scallops. Pilihan aneka "Frozen Food" turut disediakan.


Scallop boleh makan sepuas hati


Dari segi minuman, ada lebih kurang 5 jenis minuman dan boleh di isi semula "refillable" jika habis. Semuanya disini adalah layan sendiri atau self service kecuali jika anda teringin untuk makan daging atau ayam anda perlulah meminta dari pelayan-pelayan Volcano.

Terdapat 3 pilihan sup utama iaitu Sup Sayur, Sup Tom Yam dan Sup Ayam dan anda diminta memilih 1 atau 2 sup sebagai sup rebusan. Bagi saya sup-sup ini tiadalah yang istimewa ia sama seperti restoran-restoran steamboat yang lain. Tetapi sup sayur atau "vegetarian soup" yg terdapat disini sedap dan enak.


Daging ayam

Daging lembu

Jadi kreative sikit

Apa yang Istimewa?

Apa yang istimewa disini adalah, anda dapat menikmati ais krim lembut (soft ice-cream) yang diadun didalam mesin ais krim tidak seperti dikebanyakan kedai atau restoran steambot yang lain. Ais krim ini didatangkan dengan 2 jenis perasa iaitu coklat dan vanila. 

Selain itu, restoran ini juga mempunyai "belt track" supaya memudahkan pelanggan mengambil makanan diatas belt tersebut. 


Puas hati dapat makan soft ice cream banyak-banyak

Dari segi layanan, saya merasakan layanan disini sangat baik. Pelayan-Pelayan yang peramah dan masa menunggu yang tidak perlu menunggu lama jika meminta sesuatu. Premis juga sangat bersih dan mendapat pengiktirafan dari Majlis Pembandaran Sepang.

Harga



Rating

4/5

Secara keseluruhan kami merasakan Volcano Shabu Shabu adalah... Foodtastic.. !!

Pernah tak anda makan kulit ikan salmon bila makan di japanese restaurant? Jangan risau, ini bukan yang mentah dan saya jamin tidak rugi jika anda mencubanya. Kadang-kadang ia tiada dalam menu dan perlu bertanya kepada pelayan sendiri. Disini saya ingin berkongsi tentang salmon skin yang telah saya rasa setakat ini :


Sushi king
Sakae Sushi
Ichiban Boshi
Sushi Tei
Shogun



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAKAE SUSHI


  • Tawar dan kulit ikan semata-mata, tiada isi sedikit pun
  • RM 6.00 semangkuk kecil


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ICHIBAN BOSHI


  • Sedap, fresh dan panas. 
  • Isi yang banyak danTerasa ikannya
  • Sos mayonis yang sedap
  • Kuantiti bergantung, kadang - kadang banyak, kadang - kadang sikit
  • Harga dalam RM7.00 semangkuk berbaloi


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SUSHI TEI


  • Sedap, fresh, garing dan panas. 
  • Isi yang banyak dan Terasa ikannya
  • Tiada dalam menu, perlu request pada pelayan. Kalau bernasib baik, dapatlah merasa
  • Sos mayonis yang sedap
  • Kuantiti yang banyak, makan ini sahaja dah kenyang
  • Harga dalam RM7.00 semangkuk berbaloi


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SHOGUN


  • Tawar dan kulit ikan semata-mata, tiada isi sedikit pun
  • Boleh ambil sebanyak mana pun sebab buffet
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SUSHI KING


  • Salmon skin yang sedap tetapi tidak rasa fresh dan lemau cuma perlu ambil diatas belt sahaja
  • Stok sentiasa ada
  • Sos kicap pedas yang sedap 
  • Harga dalam RM4.00 sepinggan


#RANKING


Kesimpulannya, Salmon skin dari sushi tei mendahului..pendapat saya salmon skin disitu amat memuaskan dan mudah kenyang.. Anda mesti cuba, jika anda singgah ke sushi tei jangan lupa untuk memesan salmon skin...Anda ada tempat yang menarik untuk menjamu salmon skin? bagitahulah kami...=)


Pada minggu lepas, saya sudah pergi ke beberapa buah kedai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi mencari beberapa jenis bebola daging daripada beberapa buah kedai/restoran. Oleh kerana, ramai penggemar bebola daging diluar sana jadi artikel ini kami terbitkan untuk anda. 


Antara kunjungan saya setakat ini adalah. 

  • Ikea Mutiara Damansara
  • Sam's Deli e@curve Damansara
  • Papa John 
  • Domino's Pizza
  • Rawang Burger Bakar at Laman Seri (Berhampiran Warung Lebai Dollah)
  • Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam. 


ULASAN

IKEA MUTIARA DAMANSARA


  • Ikea  : Lokasi di Mutiara Damansara. 
                Apa yang sedap?
    • Rasa bebola daging yang enak dan terasa dagingnya. 
    • Dari segi kuah atau gravy, ia masih lagi sedap dan pekat. Terasa bahan-bahannya dan rasa manis dari sos kranberi yang tidak terlalu manis seakan sesuai dengan kuah tersebut.
                Apa yang kurang?.
    • Kentang putar yang tawar.
    • Saiz bebola daging yang kecil.  
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAM'S DELI @ MUTIARA DAMANSARA

  • Sam's Deli :  Lokasi di e@curve Mutiara Damansara. 


                Apa yang sedap?
    • Kuah atau gravy yang sedap. Pilihan saya adalah kuah Lada Hitam (Blackpapper).
                Apa yang kurang?.
    • Bebola daging yang tidak masak (mungkin kebetulan). 
    • Terlalu dikisar halus. 
    • Kurang rasa daging. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAPA JOHNS @ MUTIARA DAMANSARA


  • Papa Johns :  Lokasi pilihan saya di Tesco Mutiara Damansara. 


                Apa yang sedap?
    • Kuah atau gravy yang enak seperti kuah tomato spaghetti bersama sos keju cair. 
                Apa yang kurang?.
    • Bebola daging yang kurang rasa, agak tawar disamping rasa daging yang kurang.
    • Bebola daging yang agak kering.
    • Servis layanan yang kurang memuaskan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DOMINO'S @ TTDI

  • Domino's :  Lokasi pilihan saya Taman Tun Dr Ismail. 


                Apa yang sedap?
    • Daging yang lembut dan sedap.
    • Menggunakan Sos BBQ pekat yang enak. 
    • Diletakkan didalam bekas aluminium supaya bebola lambat sejuk.
               Apa yang kurang?.
    • Saiz yang agak kecil.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RAWANG BURGER BAKAR @ SHAH ALAM

  • Rawang Burger Bakar (RBB) :  Lokasi di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam berhampiran dengan Warung Lebai Dollah.


                Apa yang sedap?
    • Daging yang lembut dan sedap.
    • Bebola daging di bakar menaikkan rasa "grill" pada bebola tersebut. 
    • Kuah atau gravy buatan sendiri yang enak dan terasa bahan2 yang digunakan. 
                Apa yang kurang?.
    • Saiz yang agak kecil. 
    • rasa yang terlalu berlemak
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ABANG BURN BURGER BAKAR @ SHAH ALAM

  • Burger Bakar Abang Burn :  Lokasi di Seksyen 7 Shah Alam. 


                Apa yang sedap? 
    • Daging yang lembut dan sedap.
    • Bebola daging di bakar menaikkan rasa "grill" pada bebola tersebut. 
    • Kuah atau gravy buatan sendiri yang enak dan terasa bahan2 yang digunakan. 
                Apa yang kurang?.
    • Rasa yang terlalu berlemak

      #RANKING

Kesimpulannya, saya masih akan memilih meatball dari ikea kerana rasa bebola dagingnya yang seimbang dan harga sangat berpatutan dengan makanan sampingan yang disediakan. jika anda ada tempat meatball yand sedap, roger- roger lah..kami akan cuba merasanya =)

Satay Carjunk

Untuk post yang pertama kali, saya ingin kongsikan satu port satay bagi saya memang sedap. Gerai satay ini terletak di Pusat Bandar Puchong. Gerai ini betul-betul bersebelahan restoran mamak Hasbuna. Kalau nk makan kat situ je,kenelah duduk kat kedai mamak tu skali..harga secucuk sate ayam dan daging RM0.80 je..saiznya pun agak besar..ketupat RM1.00 satu..

MAKLUMAT LOKASI

Lokasi :
Puchong

Alamat : 
Restoran Hasbuna, Jalan Wawasan 2/21, Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor

Koordinat : 
Latitude: 3.02913 | Longitude: 101.6259

Waktu Operasi : 
5.00 pm  - 11.00 pm


ULASAN

Rupa dan bentuk : 
Saiz yang agak besar dengan harga yang berpatutan.

Rasa : 
Terasa perapannya dan daging yang sangat lembut senang dikunyah. Kuah kacang yang lembut.

Harga : 
Harga yang berpatutan RM0.80 secucuk.

Rating : 
4/5

Jadi secara keseluruhan sate disini..FOODTASTIC!!!!!! Mesti cuba!! anda ade tempat sate yang sedap?syorkan pada kami...


Satay Daging selembut Satay Ayam
Satay Ayam & Daging RM 0.80 sahaja

FoodtasticMy is about a foodie. A foodie who search and hunt a good food all around Malaysia. This blog is dedicated to all food lovers out there to find and search where to enjoy delicious foods all around us. We hunt, we share, we post.
Instagram and Facebook will update later.
Next PostNewer Posts Home