FOOD HUNTING : MEATBALLS EDITION [THROWDOWN]

FOOD HUNTING : MEATBALLS EDITION [THROWDOWN]



Pada minggu lepas, saya sudah pergi ke beberapa buah kedai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur bagi mencari beberapa jenis bebola daging daripada beberapa buah kedai/restoran. Oleh kerana, ramai penggemar bebola daging diluar sana jadi artikel ini kami terbitkan untuk anda. 


Antara kunjungan saya setakat ini adalah. 

  • Ikea Mutiara Damansara
  • Sam's Deli e@curve Damansara
  • Papa John 
  • Domino's Pizza
  • Rawang Burger Bakar at Laman Seri (Berhampiran Warung Lebai Dollah)
  • Abang Burn Seksyen 7 Shah Alam. 


ULASAN

IKEA MUTIARA DAMANSARA


  • Ikea  : Lokasi di Mutiara Damansara. 
                Apa yang sedap?
    • Rasa bebola daging yang enak dan terasa dagingnya. 
    • Dari segi kuah atau gravy, ia masih lagi sedap dan pekat. Terasa bahan-bahannya dan rasa manis dari sos kranberi yang tidak terlalu manis seakan sesuai dengan kuah tersebut.
                Apa yang kurang?.
    • Kentang putar yang tawar.
    • Saiz bebola daging yang kecil.  
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SAM'S DELI @ MUTIARA DAMANSARA

  • Sam's Deli :  Lokasi di e@curve Mutiara Damansara. 


                Apa yang sedap?
    • Kuah atau gravy yang sedap. Pilihan saya adalah kuah Lada Hitam (Blackpapper).
                Apa yang kurang?.
    • Bebola daging yang tidak masak (mungkin kebetulan). 
    • Terlalu dikisar halus. 
    • Kurang rasa daging. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PAPA JOHNS @ MUTIARA DAMANSARA


  • Papa Johns :  Lokasi pilihan saya di Tesco Mutiara Damansara. 


                Apa yang sedap?
    • Kuah atau gravy yang enak seperti kuah tomato spaghetti bersama sos keju cair. 
                Apa yang kurang?.
    • Bebola daging yang kurang rasa, agak tawar disamping rasa daging yang kurang.
    • Bebola daging yang agak kering.
    • Servis layanan yang kurang memuaskan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DOMINO'S @ TTDI

  • Domino's :  Lokasi pilihan saya Taman Tun Dr Ismail. 


                Apa yang sedap?
    • Daging yang lembut dan sedap.
    • Menggunakan Sos BBQ pekat yang enak. 
    • Diletakkan didalam bekas aluminium supaya bebola lambat sejuk.
               Apa yang kurang?.
    • Saiz yang agak kecil.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RAWANG BURGER BAKAR @ SHAH ALAM

  • Rawang Burger Bakar (RBB) :  Lokasi di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam berhampiran dengan Warung Lebai Dollah.


                Apa yang sedap?
    • Daging yang lembut dan sedap.
    • Bebola daging di bakar menaikkan rasa "grill" pada bebola tersebut. 
    • Kuah atau gravy buatan sendiri yang enak dan terasa bahan2 yang digunakan. 
                Apa yang kurang?.
    • Saiz yang agak kecil. 
    • rasa yang terlalu berlemak
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ABANG BURN BURGER BAKAR @ SHAH ALAM

  • Burger Bakar Abang Burn :  Lokasi di Seksyen 7 Shah Alam. 


                Apa yang sedap? 
    • Daging yang lembut dan sedap.
    • Bebola daging di bakar menaikkan rasa "grill" pada bebola tersebut. 
    • Kuah atau gravy buatan sendiri yang enak dan terasa bahan2 yang digunakan. 
                Apa yang kurang?.
    • Rasa yang terlalu berlemak

      #RANKING

Kesimpulannya, saya masih akan memilih meatball dari ikea kerana rasa bebola dagingnya yang seimbang dan harga sangat berpatutan dengan makanan sampingan yang disediakan. jika anda ada tempat meatball yand sedap, roger- roger lah..kami akan cuba merasanya =)

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home