FOOD HUNTING : VOLCANO SHABU SHABU STEAMBOAT

FOOD HUNTING : VOLCANO SHABU SHABU STEAMBOAT




Jika berkunjung ke Cyberjaya dan ingin menikmati steamboat yang halal anda boleh berkunjung di restoran Volcano Shabu Shabu Steamboat yang terletak di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Di Shaftsbury Square restoran ini terbahagi kepada dua dimana kedua-dua restoran ini hanyalah berdekatan sahaja tetapi bezanya cuma satu restoran menyediakan makanan Steamboat sahaja dan satu lagi menyediakan servis jenis A La Carte. 





MAKLUMAT LOKASI

Lokasi:
Cyberjaya

Alamat:
Volcano Shabu Shabu
P3-17, Shaftsbury Square,
63000 Cyberjaya


Koordinat:

Latitude: 2.923514° | Longitude: 101.661627°

Waktu Operasi:
Mon – Sat: 11:00 am – 10:00 pm

Reservation :


+603 8319 1928


ULASAN


Status


Makanan disini diperakui halal

HALAL

Makanan dan Minuman

Berbaloi dengan harga, makanan dan minuman disini didatangkan dengan pelbagai jenis hidangan, sayur-sayuran yang segar, makanan laut yang segar seperti udang, sotong, ikan dori, dan jika bernasib baik hidangan makanan laut seperti Oyster dan Scallops. Pilihan aneka "Frozen Food" turut disediakan.


Scallop boleh makan sepuas hati


Dari segi minuman, ada lebih kurang 5 jenis minuman dan boleh di isi semula "refillable" jika habis. Semuanya disini adalah layan sendiri atau self service kecuali jika anda teringin untuk makan daging atau ayam anda perlulah meminta dari pelayan-pelayan Volcano.

Terdapat 3 pilihan sup utama iaitu Sup Sayur, Sup Tom Yam dan Sup Ayam dan anda diminta memilih 1 atau 2 sup sebagai sup rebusan. Bagi saya sup-sup ini tiadalah yang istimewa ia sama seperti restoran-restoran steamboat yang lain. Tetapi sup sayur atau "vegetarian soup" yg terdapat disini sedap dan enak.


Daging ayam

Daging lembu

Jadi kreative sikit

Apa yang Istimewa?

Apa yang istimewa disini adalah, anda dapat menikmati ais krim lembut (soft ice-cream) yang diadun didalam mesin ais krim tidak seperti dikebanyakan kedai atau restoran steambot yang lain. Ais krim ini didatangkan dengan 2 jenis perasa iaitu coklat dan vanila. 

Selain itu, restoran ini juga mempunyai "belt track" supaya memudahkan pelanggan mengambil makanan diatas belt tersebut. 


Puas hati dapat makan soft ice cream banyak-banyak

Dari segi layanan, saya merasakan layanan disini sangat baik. Pelayan-Pelayan yang peramah dan masa menunggu yang tidak perlu menunggu lama jika meminta sesuatu. Premis juga sangat bersih dan mendapat pengiktirafan dari Majlis Pembandaran Sepang.

Harga



Rating

4/5

Secara keseluruhan kami merasakan Volcano Shabu Shabu adalah... Foodtastic.. !!

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home